MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERJANJIAN PERSEFAHAMAN BERSAMA INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (NIOSH)

1 November 2023- Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) telah menandatangani satu perjanjian persefahaman bersama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bagi tujuan kolaborasi pemerkasaan kesihatan mental di tempat kerja di NIOSH, Bangi.

Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBrs Tuan Haji Ayop Salleh, Pengarah Eksekutif NIOSH serta disaksikan oleh YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia dan YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan.

YB Dr. Zaliha dalam ucapan beliau berkata pendekatan holistik di antara pihak majikan dan pekerja adalah amat penting dan perlu memainkan peranan masing-masing bersama bagi mewujudkan tenaga kerja yang sihat khususnya dari segi mental.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah melancarkan ciri baharu di aplikasi MySejahtera pada Oktober lalu iaitu MyMinda sebagai salah satu intervensi awal psikososial yang dapat dicapai dihujung jari khususnya warga kerja yang memerlukan khidmat nasihat berkenaan kesihatan mental.

Turut hadir ialah YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato' Hajah Norison Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), YBhg. Dato' Haji Amran Bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) dan YBrs. Dr Nurashikin Ibrahim, Ketua Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan.

image image image image
image image image image

 

 


Kemaskini pada 2023-11-03 09:32:16 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page