MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN KEMBARA SIHAT SEJAHTERA HEPILI BERSAMA DIDI & FRIENDS 2023 DI PUTRAJAYA.

4 November 2023 - YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kembara Sihat Sejahtera HePiLI Bersama Didi & Friends 2023 di Putrajaya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang giat memantapkan liputan promosi kesihatan bermula seawal peringkat umur kanak-kanak. Justeru, Program Promosi Kesihatan bersama Didi & Friends merupakan inisiatif untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat khususnya kanak-kanak dalam menjadikan hidup sihat sebagai budaya hidup.

Tema promosi Tingkatkan Imuniti. Budayakan Hidup Sihat memfokuskan kepada lima (5) elemen utama pembudayaan hidup sihat iaitu Aktif setiap hari, Makan buah dan sayur, Jauhi rokok dan vape, Tingkatkan jati diri dan Sentiasa bersih diri serta persekitaran.

Kembara Sihat Sejahtera HePiLI bersama Didi & Friends merupakan aktiviti lapangan yang dijalankan dengan pelbagai pengisian seperti meet & greet bersama Didi & Friends di pusat membeli belah, di sekolah atau dewan komuniti serta aktiviti di trak Wellness on Wheel (WOW) iaitu tic tac toe, healthy dart dan basket habit.

Kembara ini akan dilaksanakan secara bersiri di setiap zon bermula dengan zon tengah iaitu di IOI City Mall, Putrajaya (program kita pada hari ini), zon utara (Kedah), zon selatan (Johor), zon Sarawak, zon Sabah dan zon pantai timur (Kelantan).

Dalam usaha untuk mendekati kanak-kanak, penyampaian mesej yang menarik dan mudah difahami pendekatan pembelajaran sedara didik hibur (fun learning) digunakan menerusi pelantar media sosial seperti bercerita dalam lagu, Instagram filter/games, kuiz, kompilasi lagu Youtube tag-on, infografik bermesej di Facebook dan Instagram Didi & Friends.

Kembara Sihat Sejahtera HePiLI bersama Didi & Friends merupakan salah satu daripada Program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan yang dinamakan HePiLI (Health Promotion in Learning Institutions) merangkumi program berstruktur dan berterusan bermula daripada kanak-kanak sehingga remaja.

KKM berharap agar Program Promosi Kesihatan bersama Didi & Friends ini dapat meningkatkan kesedaran rakyat agar dapat bertindak mengubah tingkah laku kepada budaya hidup sihat.

Disamping itu, program ini berupaya menjadi benteng utama dalam mencegah pelbagai penyakit dan seterusnya mengekalkan kesejahteraan kesihatan sesuai dengan hasrat kerajaan sejajar dengan teras kedua Malaysia Madani, iaitu Kesejahteraan.

Turut hadir YBhg Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg Dato' Sri Norazman Ayob Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg Datuk Dr. Norhayati binti Rusli Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan &Sokongan Teknikal).

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-11-06 10:41:15 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page