MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN PROGRAM MINI KARNIVAL MADANI AFIAT 2023 PERINGKAT DAERAH SEGAMAT DI TAMAN FAJAR, BUKIT SIPUT.

5 November 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah merasmikan program Mini Karnival Madani Afiat 2023 peringkat Daerah Segamat di Taman Fajar, Bukit Siput.

Program Madani Afiat adalah inisiatif kerajaan untuk membawa khidmat Kementerian Kesihatan kepada komuniti secara terus dalam usaha meningkatkan kesedaran dan meningkatkan tahap kesihatan rakyat sekaligus memperkasa rakyat mengenai ilmu pengetahuan, tingkah laku dan amalan kesihatan yang baik untuk diri dan komuniti sejagat.

Bersempena dengan program Mini Karnival ini, YB Menteri Kesihatan turut meluangkan masa mengadakan lawatan 'ziarah kasih' ke rumah-rumah pesakit di sekitar Bukit Siput.

Pelbagai aktiviti menarik seperti ujian saringan kesihatan, saringan kesihatan mental, pameran kesihatan dan sebagainya telah diaturkan bagi manfaat komuniti setempat.

Turut hadir YBhg Tn. Hj. Mohd Helmi bin Dato' Hj. Sha'ri @ Shangari, Pentadbir Tanah Segamat merangkap wakil rasmi Pegawai Daerah Segamat, YBrs. Dr Zaid bin Kassim, Pegawai Kesihatan Daerah Segamat, YM Ungku Mohd Tahir bin Ungku Zakaria, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Segamat, Encik Shamsul Arif bin Sulaiman, Yang Dipertua Majlis Daerah Labis dan Encik Mohd Ramdan Fitri bin Nor, Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Cawangan Segamat.

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-11-06 10:47:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page