MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS ANUGERAH INOVASI PERDANA SEKTOR AWAM (AIPSA) TAHUN 2023 DI PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

8 November 2023- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) Tahun 2023 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia  yang turut dihadiri oleh YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan.

Majlis AIPSA ini telah dihadiri seramai 1,000 orang yang antaranya terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri (I dan II), Menteri-Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-Ketua Setiausaha, Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Pengarah Persekutuan, penerima anugerah serta finalis bagi AIPSA, CHallenge on Innovation and Problem Solving through Technology Advancement (CHIPTA) dan juga Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam (KIKSA).

Program AIPSA ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA), Anugerah Inovasi Sektor Awam (AInSA) dan Anugerah DNA Inovasi Sektor Awam (ADISA). Kategori AIPSA merupakan anugerah tertinggi dalam program AIPSA dan penerima utama kategori AIPSA dipilih dalam kalangan empat penerima terbaik kategori AInSA.

Bagi kategori AInSA dan ADISA, terdapat empat (4) trek di bawahnya iaitu Sosial, Ekonomi, Infrastruktur serta Keselamatan dan Pentadbiran. Pemilihan penerima terbaik adalah berdasarkan kepada empat (4) kriteria penilaian iaitu berimpak tinggi, nilai untuk wang (value for money), pendigitalan dan kemampanan.

Dalam majlis ini KKM telah memenangi 2 kategori iaitu tempat kedua terbaik dimenangi oleh Institut Kesihatan Negara bagi kategori AInSA di bawah Sosial: Cof’e – Aplikasi Pra-Saringan Covid-19 Atas Talian Melalui Bunyi Batuk dan Kecerdasan Buatan (AI) dan tempat ketiga bagi Bidang Penyampaian Perkhidmatan Kategori Penciptaan dimenangi oleh Pejabat Pergigian Daerah Jempol.

Turut hadir YBhg Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan YBhg. Dato’ Zainal Alhakab bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kmenterian Kesihatan Malaysia

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-11-10 15:32:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page