MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN YOU ARE WHAT YOU EAT COLOURS OF LIFE 2023 DI AEON MALL SHAH ALAM.

9 November 2023- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen ‘You Are What You Eat: Colours of Life 2023’ di AEON, Mall Shah Alam.

Kempen ‘You Are What You Eat: Colours of Life 2023’ ini merupakan salah satu inisiatif pasar raya Aeon Co. dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan pengambilan sayur dan buah dalam kalangan rakyat Malaysia adalah mencukupi berdasarkan Panduan Diet Malaysia 2020.

KKM telah melantik AEON Co. sebagai salah sebuah pasar raya ‘Nutri Hub’ yang berperanan dalam membantu dalam aktiviti advokasi pemakanan di peringkat premis pasar raya. KKM sentiasa bersedia dan mengalu-alukan penglibatan pihak agensi kerajaan, swata, NGO atau industri makanan lain untuk memainkan peranan aktif dalam menyediakan persekitaran yang membantu rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Iskandar Bin Sarudin, Pengerusi AEON Co. (M) Bhd., YBrs. Puan Rusidah Selamat, Pengarah Bahagian Pemakanan YBrs. Mr. Tsugutoshi Seko, Timbalan Pengarah Urusan AEON Co. (M) Bhd.

 

 

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-11-10 15:41:12 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page