MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI TAKLIMAT DAN LIBAT URUS SKIM PERUBATAN MADANI BERSAMA PENGAMAL-PENGAMAL PERUBATAN SWASTA DI HOTEL DYNASTY, MIRI, SARAWAK

12 November 2023- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah hadir ke sesi taklimat dan libat urus Skim Perubatan Madani bersama pengamal-pengamal Perubatan Swasta di Hotel Dynasty, Miri, Sarawak.

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia melalui KKM yang diperkenalkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 bagi rawatan sakit-sakit ringan bermula 15 Jun 2023 secara rintis di beberapa buah kawasan. KKM telah memperluaskan liputan lokasi skim ini ke seluruh negara pada 15 September 2023 kepada Kumpulan B40.

Dato Lukanisman menyatakan bahawa Skim Perubatan MADANI amat penting dalam menyediakan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat terutamanya Kumpulan B40 bagi mendapatkan rawatan sakit ringan (akut primer) di Klinik Swasta dan menambahbaik kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Dato Lukanisma turut menekankan bahawa KKM akan terus berusaha untuk meningkatkan akses perkhidmatan penjagaan kesihatan secara mampan dan saksama, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan meningkatkan penglibatan Klinik Swasta (GP) untuk penjagaan akut di peringkat primer, melalui Kerjasama Awam-Swasta. Dalam pada itu, KKM menerusi Protecthealth Corporation Sdn Bhd bersama Jabatan Kesihatan Negeri SarawK turut menjalinkan usaha sama bersama Society Private Medical Practioners Sarawak (SPMPS) bagi menjayakan inisiatif ini.

Turut hadir Dr. Wong Siew Yu, Pengarah Hospital Miri, Dr. Wong Yong Kai, Wakil Pejabat Kesihatan Bahagian Miri dan Dr. Maslina Mahli, Wakil Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-11-15 12:46:20 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page