MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI INTEGRITI DAN LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) TAHUN 2023 DI PUTRAJAYA.

15 November 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Integriti dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2023 di Putrajaya.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Sambutan Bulan Integriti KKM tidak terhad di peringkat Ibu Pejabat sahaja malah turut diraikan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri, institusi dan agensi dalam memperkasakan lagi nilai integriti perkhidmatan.

Lafaz Ikrar Bebas Rasuah telah dizahirkan oleh warga kerja KKM yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Seri Ir.Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiuasaha KKM bersempena dengan sambutan Hari Integriti KKM Tahun 2023. IBR merupakan salah satu inisiatif yang diilhamkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bertujuan untuk memberi penekanan dan meningkatkan iltizam penjawat awam dalam menjauhi sebarang perlakuan jenayah rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

Pelaksanaan IBR adalah sangat penting di KKM khususnya kerana ia dapat:

1. Meningkatkan kepercayaan rakyat;

2. Pematuhan terhadap undang-undang;

3. Pembudayaan integriti

4. Pengurangan risiko; dan

5. Ketelusan dan akauntabiliti

Selain itu, antara pengisian lain Hari Integriti KKM pada tahun ini adalah perkongsian Bicara Eksekutif yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed, Pengerusi Lembaga Penasihat, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)

YB Dr. Zaliha Mustafa dalam ucapan beliau berharap warga KKM akan sentiasa peka dan memastikan setiap peraturan yang berkuatkuasa dipatuhi agar KKM dapat menjadi penanda aras kepada kementerian lain dalam membudayakan nilai integriti dan tata kelola yang baik dalam urusan perkhidmatan khususnya.

Turut hadir ialah YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KKM, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan KKM, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato’ Sri Ahmad Khusairi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah SPRM (Operasi).

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-11-16 11:53:37 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page