MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN HOSPITAL UCSI,BANDAR SPRINGHILL,PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN

15 November 2023- Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bersama Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan merasmikan Hospital UCSI, Bandar Springhill, Port Dickson.

Majlis yang meriah ini juga turut dihadiri oleh YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan. Hospital UCSI merupakan sebuah hospital swasta terbaharu di Negeri Sembilan dan hospital ini menawarkan rawatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia.

Selaras dengan Kertas Putih Kesihatan (HWP) yang bertujuan untuk mereformasikan sistem penjagaan kesihatan negara bagi meningkatkan tahap kesejahteraan dan kesihatan rakyat, antara perkara penting yang ditumpukan adalah berkenaan kepentingan kerjasama awam dan swasta dalam perkhidmatan kesihatan. Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama hospital swasta seperti Hospital UCSI dapat melahirkan sinergi yang baik dan mampu menjayakan beberapa fokus yang telah termaktub dalam Kertas Putih Kesihatan.

Turut hadir, YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tanku Muhriz, Penasihat Kumpulan UCSI dan Pro-Canselor Universiti UCSI, YBhg. Dato’ Peter Ng, Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Kumpulan UCSI, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Noor Hisham Abdullah Pengerusi, Kumpulan Kesihatan UCSI, YBhg. Dato' Dr. Mohd Azman bin Yacob Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM dan, YBhg. Dato' Dr. Harlina binti Abdul Rashid Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-11-16 12:36:20 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page