MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN MINI-CONNECTATHON PROJEK HEALTH INFORMATION EXCHANGE (HIE) DI BANGI, SELANGOR.

16 November 2023- YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Mini-Connectathon Projek Health Information Exchange (HIE) di Bangi, Selangor. Objektif aktiviti Mini-Connectathon HIE adalah melaksanakan pengujian kebolehoperasian ('interoperability') secara langsung ('live') ke atas sistem maklumat berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan ('Implementation Guide') secara berkesan dan selamat dalam persekitaran yang terkawal.

Salah satu skop pembangunan dan pelaksanaan projek ini adalah merangkumi aktiviti pengujian platform kebolehoperasian perkongsian data kesihatan daripada pelbagai sistem maklumat. Aktiviti pengujian ini menyediakan peluang kepada pihak industri untuk bekerjasama secara langsung bagi membuka peluang inovasi saling kendali bagi aplikasi perkhidmatan kerajaan yang dibangunkan.

Pembangunan platform digital kesihatan yang mampan adalah penting supaya integrasi data, keserasian dan saling kendali dengan pelbagai sistem membolehkan perkongsian maklumat kesihatan bersepadu dapat dikembangkan secara meluas. Projek Health Information Exchange (HIE) merupakan salah satu dari ُProjek ُPelaksanaan ‘Electronic Medical Record’ُ (EMR) di Hospital dan Klinik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pelaksanaan projek ini dapat menyokong hasrat KKM untuk merealisasikan Sistem Maklumat Kesihatan Bersepadu dalam sektor kesihatan.

Turut hadir YBhg Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), , YBhg Dato’ Dr Harlina binti Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan dan YBhg Dato’ Dr Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM.

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-11-17 11:57:35 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page