16 November 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan hadir meraikan Majlis Malam Mesra Kenangan Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2023 yang diadakan di Sepang.
Majlis Malam Mesra Kenangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan Majlis bagi menghargai dan meraikan seramai 67 orang pesara KKM, iaitu seramai 52 orang bersara wajib dan 15 orang bersara secara pilihan pada tahun 2023.
Dr Zaliha dalam ucapannya menyebut bahawa para pesara KKM diibaratkan ‘Bak uncang penuh emas, bak lesung penuh padi’ yang telah banyak menghulurkan bakti dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat dengan penuh ikhlas, jujur dan amanah dalam menggalas tanggungjawab demi menunaikan kewajipan terhadap kepentingan awam.
YB Menteri turut mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya’ kepada para pesara. Semoga para pesara terus cemerlang walau dalam apa jua bidang dan terus menyumbang kepada nusa dan bangsa.
Turut hadir YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan),YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), dan YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal).
Kemaskini pada 2023-11-17 12:16:32 daripada UKK Norhanita