MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN HASIL DAPATAN TINJAUAN MATA KEBANGSAAN KETIGA (NATIONAL EYE SURVEY III) DAN PROGRAM SARINGAN MATA KAKITANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA.

17 November 2023, Putrajaya - YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Hasil Dapatan Tinjauan Mata Kebangsaan Ketiga (National Eye Survey III) dan Program Saringan Mata Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya.

Tinjauan Mata Kebangsaan merupakan inisiatif KKM dalam mengenalpasti kebutaan dan masalah penglihatan di kalangan rakyat Malaysia. Tinjauan Mata Kebangsaan I telah diadakan pada tahun 1996, manakala Tinjauan Mata Kebangsaan II dijalankan pada tahun 2014 dan pada tahun ini Tinjauan Mata Kebangsaan III telah dijalankan pada bulan Julai hingga Oktober 2023 di dua zon iaitu Zon Sarawak dan Zon Timur.

Hasil dapatan daripada Tinjauan Mata Kebangsaan II telah menunjukkan prevalens kebutaan adalah 1.2% iaitu seramai 113,000 orang mengalami masalah buta dengan 43,000 daripadanya dikenalpasti berpunca daripada katarak.

Manakala hasil Tinjauan Mata Kebangsaan III mendapati 160,000 orang Penduduk Malaysia (Zon Timur dan Zon Sarawak) berusia 50 tahun ke atas mengalami masalah kurang penglihatan, manakala 8 peratus daripada jumlah tersebut mengalami kebutaan.

KKM telah menyediakan perkhidmatan rawatan katarak di 49 buah hospital berpakar KKM di seluruh negara. Anggaran pembedahan kes katarak yang dilakukan adalah 55,000 – 60,000 kes setahun. KKM juga telah melaksanakan Klinik Katarak – Kementerian Kesihatan Malaysia (KK-KKM) untuk mengatasi bebanan kes katarak secara sistematik dengan mewujudkan Zon Bebas Katarak di seluruh negara.

KK-KKM terdiri daripada empat (4) kategori perkhidmatan, iaitu Satellite, Mobile, Cluster dan Carnival.

Selain daripada KK-KKM, Cataract Finder Programme adalah usaha untuk menangani masalah bebanan kes Katarak. Menerusi program ini, ahli masyarakat seperti Pegawai Optometri Swasta, Ahli Farmasi, Ahli Jawatankuasa Masjid atau Rakan Masjid dan Ketua Kampung dilatih untuk mengesan masalah Katarak di dalam komuniti.

Pada hari ini juga turut diadakan pemeriksaan mata percuma khusus untuk kakitangan di KKM. Saringan mata ini adalah selari dengan tema Hari Penglihatan Sedunia 2023 iaitu Sayangi Mata Anda di Tempat Kerja.

Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), YBrs. Dr Mohd Aziz bin Husni, Ketua Kepakaran Oftalmologi Kebangsaan dan YBrs. Dr Mohamad Aziz bin Salowi, Penyelidik utama Tinjauan Mata Kebangsaan ketiga.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-11-17 15:19:27 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page