MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SAMBUTAN MINGGU KESEDARAN KERINTANGAN ANTIMIKROB SEDUNIA 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PELANCARAN PELAN TINDAKAN KERINTANGAN ANTIMIKROB MALAYSIA (MYAP-AMR) 2022-2026 DI SERDANG.

18 November 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan sambutan Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan dan pelancaran Pelan Tindakan Kerintangan Antimikrob Malaysia (MyAP-AMR) 2022-2026 di Serdang.Bertemakan “Bersama Mencegah Kerintangan Antimikrob”, kempen ini menekankan keperluan kerjasama merentasi semua sektor melalui pendekatan secara One Health, iaitu usaha kolaboratif yang melibatkan pelbagai disiplin yang bekerjasama untuk mencari penyelesaianyang memberi manfaat kepada kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan dan alam sekitar.

KKM dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta pelbagai kementerian, universiti, persatuan profesional dan organisasi berkaitan telah membangunkan Pelan Tindakan Kerintangan Antimikrob Malaysia (MyAP-AMR) 2022 – 2026, kesinambungan kepada pelan tindakan pertama yang telah dilaksanakan bagi tempoh 2017-2021.

Pelan terbaharu ini telah ditambah baik dengan merangkumi sektor kesihatan alam sekitar serta tumbuhan melalui pendekatan One Health yang lebih komprehensif.

Kerjasama padu melalui kolaborasi dan pendekatan One Health antara kementerian, agensi, persatuan profesional serta masyarakat awam amat diperlukan bagi memperkukuhkan kawalan kerintangan antimikrob, seterusnya memastikan antimikrob yang sedia ada berkesan bagi menjamin kesejahteraan manusia dan keterjaminan sekuriti makanan di Malaysia.

Turut hadir, YBrs. Dr Rabindra Abeyasinghe, wakil WHO Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Azah Hanim Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Datuk Dr Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) dan YBrs. Dr Suratan Kamarudin, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-11-20 10:56:11 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page