MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-15 PINK UNITY DI SUBANG, SELANGOR

18 November 2023- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah hadir merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Pink Unity di Subang, Selangor.

Pink Unity merupakan kumpulan sokongan kanser wanita Malaysia dengan misi menyatukan pesakit-pesakit kanser wanita dan pesakit kanser yang baru didiagnosis untuk menentang kanser.

Kumpulan sokongan ini telah ditubuhkan pada tahun 2008 di bawah naungan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.Dengan tema sambutan tahun ini "From Strength to Strength", Pink Unity menyatukan ikatan di kalangan ahlinya dalam perjuangan melawan kanser di samping berusaha menanamkan keberanian, kekuatan dan nilai positif di kalangan ahli supaya mereka dapat menjalani kehidupan sepenuhnya selaras dengan 'tagline' "Giving Hope, Touching Hearts".

YB Dato Lukanisman menyatakan bahawa kumpulan sokongan seumpama ini membantu meningkatkan kesihatan minda dan emosi pesakit terutamanya dalam mengurangkan tahap kemurungan dan akhirnya meningkatkan semangat mereka untuk terus hidup dan mengubah perspektif terhadap penyakit mereka.

Turut hadir YBhg Dato' Dr Saunthari Somasundaram, Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, YBrs.Puan Mahani Kassim, Presiden Pink Unity, YBhg Dato' Seri Dr. Raymond Kuew, Presiden dan Pengasas McMillan Woods, YBhg Datuk Mohamad Farid Salim, Ketua Pegawai Operasi KPJ Healthcare Berhad dan Chef Dato' Ismail Ahmad, Chef Selebriti & Pemilik Restoran Rebung.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-11-20 11:07:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page