MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MADANI AFIAT DAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2023 DI SMK BUKIT GAMBIR.

19 November 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2023 di SMK Bukit Gambir.

Pelaksanaan program Madani Afiat yang ketujuh ini diadakan selepas negeri Selangor, Kedah, Terengganu, Johor, Perak dan Melaka. Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk turun padan bertemu rakyat dalam menyebar maklumat asas pencegahan dan hebahan program-program Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara aktiviti utama Madani Afiat melibatkan aktiviti 'Touch Point' berupa lawatan dari rumah ke rumah memfokuskan kepada aktiviti saringan kesihatan disamping penglibatan pihak pengurusan tertinggi KKM, pemimpin masyarakat serta pasukan perubatan mendekati dan menyantuni rakyat secara lebih dekat.Selain itu, Jelajah ANMS juga turut diketengahkan pada program kali ini dengan memfokuskan kepada aktiviti statik yang memberi peluang kepada agensi yang terlibat untuk mengadakan aktiviti pameran, perkhidmatan, saringan kesihatan, saringan kecergasan dan sebagainya.

Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau ‘Jom Saring’ merupakan aktiviti Jelajah ANMS yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pemahaman masyarakat tentang kepentingan saringan kesihatan secara berkala serta menggalakan penyertaan golongan sasaran.

Turut hadir, YB Tuan Daniel Gooi Zi Sen, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Merangkap ADUN Padang Lalang, YB Tuan Fahmi Bin Zainol, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Agroteknologi & Keterjaminan Makanan & Pembangunan Koperasi Merangkap ADUN Pantai Jerejak, YB Tuan Kumaresan a/| Aramugam ADUN Batu Uban, YB Dr Lingeshwaran a/lDato' Seri R Arunasalam Senator, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM dan YBrs. Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2023-11-20 11:16:52 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page