MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN HARI SIMPOSIUM PUSAT KECEMERLANGAN (COE) PENGAWASAN ANTIMIKROB (AMS) BIOMÉRIEUX – IHH HEALTHCARE – PREMIER INTEGRATED LABS (BMX-IHH-PIL) DI HOSPITAL PANTAI KUALA LUMPUR.

22 November 2023- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Hari Simposium Pusat Kecemerlangan (COE) Pengawasan Antimikrob (AMS) bioMérieux – IHH Healthcare – Premier Integrated Labs (BMX-IHH-PIL) di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Simposium ini diadakan bagi tujuan perkongsian pengetahuan dan kepakaran antara pasukan AMS daripada kepakaran yang berbeza, untuk menangani ancaman Rintangan Antimikrob (AMR). AMR adalah kebimbangan kesihatan global utama yang menghalang keupayaan kita untuk merawat penyakit berjangkit biasa, penyakit berpanjangan, kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi, dan kematian.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyedari kesan negatif AMR dan kini giat melaksanakan pelbagai program di hospital-hospital yang terlibat. Pada tahun 2001, KKM secara rasmi telah menubuhkan Jawatankuasa Jangkitan dan Kawalan Antibiotik Kebangsaan untuk menyelaraskan kesemua program.

Pada 2017, Jawatankuasa Penentangan Antimikrob Kebangsaan (NARC) telah dibentuk untuk menyelia dan menyelaraskan strategi nasional untuk membendung AMR. Mandat untuk NARC telah diperluaskan lagi pada 2022 bagi merangkumi sektor alam sekitar dan pertanian, seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Malaysia mengenai AMR (MyAP–AMR) 2022–2026.

Turut hadir, YBhg. TYT Axel Cruau, Duta Besar Perancis ke Malaysia, YBrs. En. Mohd Hareeff Muhammed, Pengerusi Pusat Kecemerlangan (COE) bioMérieux – IHH Healthcare – Premier Integrated Labs (BMX-IHH-PIL) dan Dr. Mark Miller, Ketua Pegawai Perubatan, bioMerieux.

 

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2023-11-28 11:27:52 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page