MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM TANPA MENINGGALKAN SESIAPAPUN: MENOKTAHKAN KANSER SERVIKS

23 November 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah hadir ke Majlis Pelancaran Program Tanpa Meninggalkan Sesiapapun: Menoktahkan Kanser Serviks dianjurkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen (JKPK), Dewan Rakyat dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di Parlimen.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Puan Alice Lau Kiong Yieng, dan ahli-ahli Parlimen.

Majlis ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan risiko kanser serviks. Program ini juga merupakan pelengkap kepada Program Imunisasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mensasarkan golongan berisiko di seluruh negara dengan kerjasama sektor awam, swasta, serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Kanser serviks atau barah pangkal rahim merupakan kanser ketiga (3) tertinggi dalam kalangan wanita muda di Malaysia selepas kanser ovari dan payudara.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 40% kes kanser serviks dikesan pada tahap 3 atau 4. Kelewatan dalam pengesanan kanser ini memberi cabaran tambahan dalam usaha rawatan dan pemulihan kepada individu yang dijangkiti.

Antara faktor utama wanita mendapat kes kanser serviks adalah berpunca daripada jangkitan virus Human Papillomavirus atau HPV. Di Malaysia, vaksin HPV awalnya disediakan secara percuma kepada murid berumur 13 tahun melalui Program Imunisasi Kebangsaan sebagai langkah pertama untuk melindungi mereka daripada kanser serviks.

Sehingga 2023, seramai 282,076 orang wanita di Malaysia telah menjalani ujian HPV dan 3% daripada jumlah tersebut telah didapati HPV positif dan telah dirujuk untuk pemeriksaan lanjut. Orang ramai adalah dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan secara berkala bagi pengesanan awal.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-11-28 12:01:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page