MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN JALAN KEBAJIKAN, KOTA KINABALU

24 November 2023- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan kerja beliau di Sabah ke Klinik Kesihatan Jalan Kebajikan, Kota Kinabalu.

Lawatan kerja ini adalah untuk melihat keadaan fasiliti yang memerlukan penambahbaikan bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada petugas-petugas kesihatan di klinik tersebut.

Klinik Kesihatan Jalan Kebajikan ini telah dibina pada tahun 1977 dan mula beroperasi sejak tahun 1978 sebagai Klinik Ibu dan Anak yang memberikan perkhidmatan kepada ibu antenatal, postnatal, wanita yang memerlukan perancang keluarga dan perkhidmatan kesihatan kanak-kanak bawah 6 tahun. Klinik kesihatan ini menerima hampir 300 orang pesakit harian merangkumi pesakit luar dan pesakit klinik ibu dan anak. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah rawatan kes kecemasan, saringan PeKa B40, saringan thalessemia dan sebagainya.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Dr. Maria, Timbalan Pengarah Negeri Sabah (Kesihatan Awam) dan YBrs. Dr. Prabakaran Dhanaraj, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Negeri Sabah.

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-11-28 13:10:21 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page