MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN TELIPOK, SABAH.

24 November 2023- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan kerja pada sebelah petang ke Klinik Kesihatan Telipok, Sabah.Klinik Kesihatan Telipok dibina pada awal tahun 1980 dan beroperasi sepenuh pada September 1982.

KK Telipok yang dengan purata kedatangan harian pesakit adalah seramai 250-300 orang telah menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit luar, Perkhidmatan Farmasi, Perkhidmatan Sokongan seperti makmal dan pergigian serta rawatan ibu mengandung dan kanak-kanak.

Lawatan Dato Lukanisman bertujuan untuk melihat persediaan klinik tersebut bagi penggunaan Cloud-Based Clinic Management System (CCMS). Di Sabah, terdapat 2 buah klinik perintis telah dipilih untuk CCMS, iaitu Klinik Kesihatan Telipok dan Klinik Kesihatan Telupid.

Selain itu, lawatan juga bertujuan untuk meninjau kemudahan yang disediakan di Klinik Kesihatan Telipok disamping menyantuni warga kerja dan pesakit-pesakit di klinik kesihatan tersebut.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Kahar bin Abdul Asis, Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) Negeri Sabah, YBrs. Dr. Maria, Timbalan Pengarah Negeri Sabah (Kesihatan Awam) dan YBrs. Dr. Prabakaran Dhanaraj, Pakar Perubatan Kesihatan Awam.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-11-28 13:15:39 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page