MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SYARIKAT KONSESI UNTUK TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN PERKHIDMATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, PUTRAJAYA

24 November 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Syarikat Konsesi untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Perkhidmatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

Inisiatif ini merupakan kesinambungan daripada Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Kesihatan pada 3 November 2023 yang lalu.Sebagai menyokong usaha tersebut, tujuh (7) syarikat yang terdiri daripada Quantum Medical Solutions Sdn Bhd, FOMEMA Sdn Bhd, Medivest Sdn Bhd, Edgenta Mediserve Sdn Bhd, Radicare (M) Sdn Bhd, Sedafiat Sdn. Bhd. dan One Medicare Sdn. Bhd. menyumbang sebanyak RM407,000.00 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sementara itu, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) turut menyerahkan Mock-Cheque sumbangan daripada warga Kementerian Kesihatan Malaysia berjumlah RM332,422.00 kepada YB Menteri Kesihatan Malaysia.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-11-28 14:01:45 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page