MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL KEMAMAN, TERENGGANU

27 November 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke fasiliti kesihatan di daerah Kemaman, Terengganu.Lawatan telah dimulakan dengan melawat Hospital Kemaman bagi meninjau pengoperasian harian hospital ini. Hospital yang mempunyai 15 kepakaran ini menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada hampir 450,000 penduduk sekitar daerah Kemaman. Semasa sesi lawatan tersebut, YBMK telah diberi taklimat oleh Pengarah Hospital Kemaman berkaitan pengoperasian hospital sedia ada dan perkembangan terkini projek pembinaan hospital kemaman yang baharu.

Hospital Kemaman yang baharu akan dilengkapi dengan Kompleks Klinik Pakar, Kompleks Rawatan Harian, Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU), Cardiac Care Unit (CCU) dan serta pelbagai peralatan perubatan yang canggih dan terkini. Apabila hospital tersebut mula beroperasi kelak, hospital sedia ada ini akan dijadikan Hospital Wanita & Kanak-Kanak Kemaman.

Seterusnya YBMK telah dibawa melawat ke Wad O&G, Wad Paediatrik, Jabatan Farmasi, Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan Hospital Kemaman.

Turut hadir, YBhg. Dr. Mohd Safiee Bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM, YBhg. Dato' Dr. Hjh. Kasemani binti Embong, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu dan Pengarah Hospital Kemaman, YBrs. Dr. Amran bin Japar.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-11-28 14:59:57 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page