MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK DESA BINJAI DAN KLINIK KESIHATAN AIR PUTIH.

27 November 2023- YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan meneruskan lawatan kerja di Kemaman dengan melawat ke Klinik Desa Binjai dan Klinik Kesihatan Air Putih. Kedua - dua klinik ini tersenarai di bawah Inisiatif Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif KKM.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau dengan lebih dekat keadaan klinik-klinik yang telah siap dibaiki, memantau kemajuan projek-projek yang sedang berjalan dan meneliti perancangan pembangunan fasiliti kesihatan di Kemaman.

Klinik Desa Binjai telah beroperasi pada tahun 1968 dan menyediakan perkhidmatan pesakit luar (Saringan CVD), MCH (Antenatal, Postnatal, Kanak-Kanak, Perancang Keluarga, Lawatan di rumah) dan rawatan TB (DOTS). Melalui Projek Klinik Daif KKM 2023, klinik ini telah dapat membaiki kerosakan lantai dan pagar yang telah reput disebabkan anai anai pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM200 ribu.

Klinik Kesihatan Air Putih pula mula beroperasi sebagai Klinik Bidan pada 1968 dan dinaiktaraf ke Klinik Kesihatan pada 1983. Klinik ini menyediakan perkhidmatan Primer (Pesakit Luar dan kecemasan, Kesihatan Ibu Dan Anak, Farmasi, Makmal dan Fisioterapi kepada penduduk sekitar Kampung Air Putih. Melalui Projek Klinik Daif, klinik ini telah mendapat peruntukan untuk membuat pendawaian semula elektrik pada tahun ini.

KKM sentiasa komited dan cakna dalam mempertingkatkan kualiti kemudahan dan infrastruktur fasiliti kesihatan demi kesejahteraan rakyat

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2023-11-28 15:08:25 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page