MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI MASS GENERAL BRIGHAM GLOBAL ADVISORY, YANG DIKETUAI OLEH MR. SMAIL AIT ALI, PENGARAH KANAN PENTADBIRAN KERJASAMA STRATEGIK.

30 November 2023- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Mass General Brigham Global Advisory, yang diketuai oleh Mr. Smail Ait Ali, Pengarah Kanan Pentadbiran Kerjasama Strategik.

Antara perkara yang dibincangkan di dalam kunjungan hormat tersebut adalah berkenaan Kertas Putih Kesihatan bagi membina sistem kesihatan Malaysia yang lebih mampan dan pendigitalan sistem kesihatan yang merangkumi pembangunan sistem maklumat pesakit bersepadu yang lebih berkesan dengan menggunakan teknologi artificial intelligence. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbuka untuk menerokasi potensi dalam pembangunan sistem electronic medical record (EMR) di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM seperti hospital dan klinik.

Di samping itu, potensi kerjasama dalam bidang penyelidikan terutamanya berkaitan penyakit berjangkit, penyakit tidak berjangkit, penuaan dan bidang sains tingkah laku turut dibincangkan. Turut hadir, Mr. John Flynn, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan Mass General Brigham Global Advisory, Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) dan pegawai-pegawai kanan KKM.

 

image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-12-12 09:39:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page