MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENGANUGERAHAN DAN PENUTUP KEMPEN KESEDARAN THALASSAEMIA 2023 ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEMPEN ‘NOWYOUSEEME 3.0’ DI KOMPLEKS F, PUTRAJAYA.

7 Disember 2023-Majlis Penganugerahan dan Penutup Kempen Kesedaran Thalassaemia 2023 atau lebih dikenali sebagai Kempen ‘NowyouSEEme 3.0’ telah diadakan pada 7 Disember 2023 di Kompleks F, Putrajaya.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan bersama YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan dan Encik Zain Rahim, Pengerusi Hibiscus Petroleum Berhad dengan meletakkan tangan di skrin sebagai simbolik kepada majlis tersebut.

Kempen NowyouSEEme 3.0 ini merupakan hasil kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia bersama rakan strategik Kementerian Pendidikan Malaysia dan Hibiscus Petroleum Berhad. Kempen ini melibatkan 70 buah sekolah di seluruh negara dengan tempoh selama empat bulan. Untuk makluman kempen ini merupakan siri ketiga sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2021.

Thalassaemia adalah penyakit genetik yang mengganggu pembentukan dan fungsi sel darah merah yang berkualiti. Pembawa Thalassaemia lazimnya tidak mengalami sebarang gejala. Manakala pesakit Thalassaemia pula akan mengalami gejala kekurangan darah dan menunjukkan tanda-tanda lain bergantung pada tahap keterukan gen yang terjejas.

Menerusi kempen yang dilaksanakan oleh warga sekolah, kebolehan dan keyakinan murid digilap untuk menjadi duta kesihatan bagi menyampaikan maklumat Thalassaemia kepada rakan sebaya. Mesej utama yang perlu disampaikan adalah penyakit genetik ini boleh dicegah dan bukan penyakit berjangkit. Kempen ini dapat memupuk kesedaran murud sekolah menengah khususnya murid Tingkatan 3 dan 4 tentang Thalassaemia supaya mereka lebih bersedia menjalani ujian saringan di sekolah.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Mohd Safiee bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, YBrs. Hajah Salmah binti Jopri, Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan YBrs. Puan Zaidah binti Ibrahim, Pengarah Hibiscus Petroleum Berhad.

image image image image
image image image image
  image image

 

 

 


Kemaskini pada 2023-12-12 12:35:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page