MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

UPACARA PENYERAHAN SUMBANGAN BEKALAN PERUBATAN DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KEPADA SEKRETARIAT OPS IHSAN DI DEPOT SIMPANAN PERTAHANAN SUNGAI BULOH.

8 Disember 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Upacara Penyerahan Sumbangan Bekalan Perubatan Dari Kementerian Kesihatan Malaysia kepada Sekretariat OPS Ihsan di Depot Simpanan Pertahanan Sungai Buloh.

Ops Ihsan merupakan satu operasi bantuan kemanusiaan melalui kerjasama lebih 50 pertubuhan / badan bukan kerajaan (non-governmental organization / NGO) Malaysia dengan objektif bagi memastikan penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dari rakyat Malaysia dapat dilaksana dalam keadaan yang lebih tersusun dan efektif.

Sehingga kini, Ops Ihsan telah berjaya menghantar dua (2) sortie barangan bantuan dari Malaysia; penghantaran pertama adalah pada 3 November 2023 seberat 20 tan dan penghantaran kedua pada 10 November 2023 juga seberat 20 tan. Bagi sortie ketiga ini, KKM komited untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk ubat-ubatan dan bekalan consumables perubatan yang amat diperlukan oleh rakyat Palestin.

Sehingga 6 Disember 2023, KKM telah berjaya mengumpul bekalan seberat 20.3 ton (ubat-ubatan termasuk cecair intravena seberat 16.8 ton dan consumables perubatan seberat 3.5 ton) dengan anggaran kos sebanyak RM922,445. Kesemua barangan ini akan dihantar dari HKL ke Depoh Simpanan Pertahanan, Sungai Buloh pada 7 Disember 2023 dan dijangka akan diterbangkan pada 17 Disember 2023.

Turut hadir TYT Ragai Tawfik Said Nasr, Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia, TYT Walid Abu Ali, Duta Besar Palestin ke Malaysia, YBhg Datin Roszanina binti Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato' Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Zahairi bin Baharim, Setiausaha Bahagian Asia Barat Kementerian Luar Negeri, En. Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan & Persediaan Bencana (Dasar) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Encik Mohd Khairi bin Abd Ghani, Pengarah (Logistik) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Encik Ahmad Kham bin Abu Kassim Pengarah, Depoh Simpanan Pertahanan Kementerian Pertahanan dan YBhg. Datin Paduka Dr. Rohana binti Johan, Pengarah Hospital Kuala Lumpur

image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-12-12 13:24:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page