10 Disember 2023- YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Pelepasan Mobilisasi Madani Afiat dan Saringan Kesihatan dari rumah ke rumah di Flat PPR Kampung Muhibbah dan juga di Dewan Rukun Tetangga Taman Salak Selatan di Bukit Jalil sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia MADANI.
Saringan kesihatan yang diketuai oleh YB Menteri Kesihatan ini melibatkan 135 orang jururawat dan 50 orang Pegawai Farmasi. Sebanyak 380 buah rumah meliputi kawasan PPR Kg Muhibbah, PPR Raya Permai; PPR Bukit Jalil, Apartmen Kuchai Lama dan Taman Yarl. Petugas kesihatan juga akan menjalankan pemeriksaan ubat-ubatan, khidmat nasihat keselamatan ubat, penjagaan ubat dan sebagainya.
Selain itu, aktiviti saringan kesihatan ini juga dilaksanakan di Dewan Komuniti Salak Selatan dengan kerjasama dari Persatuan Penduduk Taman Salak Selatan.
Beberapa aktiviti tambahan turut dijalankan di dewan ini seperti pemberian imunisasi COVID-19 dan juga saringan HPV secara percuma kepada penduduk sekitar yang hadir.
Turut hadir, YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Seputeh, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datuk Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBrs. Dr. Nor’ Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri WP Kuala Lumpur.
Kemaskini pada 2023-12-12 13:51:12 daripada UKK Norhanita