MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DI PUTRAJAYA.

14 Disember 2023-YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya.

Dalam ucapan, beliau mengimbas kembali pencapaian dan kejayaan KKM di bawah kerajaan MADANI antaranya penambahbaikan sistem kesihatan bagi memastikan sistem kesihatan di Malaysia lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan, Skim Perubatan MADANI yang memanfaatkan 700 ribu rakyat serta memberikan perkhidmatan dengan pembiayaan di bawah SPM kepada 146,092 isi rumah serta 436 klinik daif yang telah dibaik pulih dan dinaik taraf di seluruh negara.

Selain itu, dalam aspek pendigitalan, KKM telah menggunakan sistem teknologi maklumat termasuk menyediakan Clinic Management System Subscription (CCMS) di 100 klinik kesihatan termasuk klinik desa dan komuniti bagi melancarkan proses kerja di samping memendekkan tempoh waktu menunggu bagi mendapatkan rawatan.

Perancangan sumber manusia yang holistik dan strategik bagi memastikan jumlah petugas kesihatan adalah mencukupi turut dititikberatkan serta memastikan isu perjawatan dan penempatan petugas kesihatan diberikan keutamaan.

Tambah beliau, dua agenda penting akan dikemudi bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan berada pada tahap yang terbaik adalah transformasi kesihatan digital secara menyeluruh dan health financing atau pembiayaan kesihatan.

Sementara itu, majlis turut menyaksikan penyampaian pengiktirafan Klinik Kesihatan Best Practice Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR) kepada 24 buah Klinik Kesihatan dari 7 buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah, Terengganu, Perak, Kedah dan Johor. PKMR memberikan perkhidmatan saringan kesihatan, pendidikan serta promosi kesihatan, khidmat nasihat atau kaunseling, rawatan dan rujukan kepada remaja secara professional, mesra dan menjaga kerahsiaan.

Setiap Jabatan Kesihatan Negeri diminta agar terus memastikan Best Practice PKMR dilaksanakan supaya golongan remaja mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik ke arah melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sepanjang hayat.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal).

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-12-15 11:58:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page