MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS ANUGERAH MEDIA PELANCONGAN PERUBATAN (MTMA) 2023, ANJURAN MAJLIS PELANCONGAN KESIHATAN MALAYSIA (MHTC) DI KUALA LUMPUR

14 Disember 2023- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian Majlis Anugerah Media Pelancongan Perubatan (MTMA) 2023, anjuran Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) di Kuala Lumpur baru- baru ini.

Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) bertanggungjawab bagi memudahcara dan mempromosikan industri pelancongan penjagaan kesihatan negara, yang diiktiraf sebagai salah satu penyumbang kepada sektor perkhidmatan eksport negara. Ditubuhkan pada 2009, MHTC berusaha untuk memperkemas pemain industri dan penyedia perkhidmatan dalam membantu dan mengembangkan industri pelancongan penjagaan kesihatan Malaysia di bawah jenama “Penjagaan Kesihatan Malaysia” yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan antarabangsa terkemuka.

Anugerah Media Pelancongan Perubatan merupakan satu inisiatif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), berdedikasi untuk mengiktiraf sumbangan kewartawanan dan media yang cemerlang dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan utama. Acara tahunan ini mengetengahkan pelbagai kategori termasuk Laporan Pelancongan Perubatan Bercetak Terbaik, Laporan Pelancongan Perubatan Dalam Talian Terbaik, Influencer Pelancongan Perubatan Terbaik, Rencana Pelancongan Perubatan Penyiaran Terbaik, Wartawan Pelancongan Perubatan Terbaik dan Pasukan Editorial Pelancongan Perubatan Terbaik.

Lebih 400 penyertaan membabitkan lapan ( negara termasuk Malaysia, lapan ( wartawan dan influencer antarabangsa yang luar biasa muncul sebagai pemenang pada majlis Anugerah Media Pelancongan Perubatan (MTMA) 2023. Sumbangan cemerlang mereka meraih kemenangan menerusi kategori yang dipertandingkan, dengan masing-masing memperoleh anugerah berprestij dan hadiah wang tunai lumayan berjumlah lebih daripada MYR100,000 (~AS$21,400), merupakan suatu penghargaan ke atas peranan penting mereka dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan penjagaan kesihatan terkemuka di peringkat antarabangsa.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan Ketua Pengarah Kesihatan, YBrs. Dr. Mohamed Ali Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MHTC dan YBhg. Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2023-12-17 20:11:38 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page