MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERSIAPAN TERAKHIR BANTUAN KEMANUSIAAN YANG DIATUR SELIA OLEH OPS IHSAN UNTUK WARGA PALESTIN DI GAZA BERTEMPAT DI I-SECURE, MAS KARGO, LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA).

18 Disember 2023- KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berangkat bagi menyaksikan persiapan terakhir bantuan kemanusiaan yang diatur selia oleh Ops Ihsan untuk warga Palestin di Gaza bertempat di I-Secure, MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Majlis yang cukup bermakna ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Penerbangan bantuan kemanusiaan yang menggunakan pesawat A330-200 Mas Kargo melibatkan muatan barangan sebanyak 60 tan yang terdiri daripada 35.57 tan barangan perubatan, 6.62 tan makanan sedia dimakan (ready-to-eat), 4.35 tan barangan keperluan bayi dan 13.46 tan persiapan musim sejuk termasuk tilam, selimut dan kit wanita. Barangan ini merupakan sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuk barangan perubatan sebanyak 20.3 tan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penerbangan kargo ini akan berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada awal pagi 19 Disember 2023 dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Tentera Al-Arish di Mesir pada hari yang sama. Barangan ini akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk disalur kepada penduduk Palestin di Gaza.

Turut hadir pada majlis menyaksikan persiapan terakhir ini adalah YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri I, YB Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Luar Negeri dan YBhg. Datin Azura Binti Ibrahim, Pengarah Sortie OPS Ihsan.

image image image
image image

Kemaskini pada 2023-12-20 11:41:41 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page