MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT TEKNIKAL DUA HALA KELIMA ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN KERAJAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA (RRC) DALAM BIDANG PERUBATAN TRADISIONAL DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, PUTRAJAYA.

18 Disember 2023- Mesyuarat Teknikal Dua Hala Kelima Antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China (RRC) Dalam Bidang Perubatan Tradisional telah diadakan di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya.

Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg Datuk Dr. Muhammad Radzi Bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, bersama Dr. Goh Cheng Soon, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Dr. Ami Fazlin Syed Mohamed, Ketua Pusat Penyelidikan Perubatan Herba, Pn Salwati Abdul Kadir, Timbalan Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara, En Mohd Farid Mohd Arif, Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, dan para pegawai di KKM. Delegasi RRC diketuai oleh Prof. Huang Luqi, Vice Commissioner of National Administration of Traditional Chinese Medicine (NATCM), bersama delegasi NATCM.

Mesyuarat teknikal dua hala ini diadakan secara berkala di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Rakyat China dalam bidang Perubatan Tradisional. Ia membincangkan mengenai kemajuan kerjasama sedia ada dan kolaborasi baru dari aspek amalan, pendidikan, produk, dan penyelidikan, terutamanya dalam bidang perubatan tradisional Cina

Kerjasama ini penting untuk memperkukuh amalan perubatan tradisional berasaskan bukti di Malaysia, memastikan perkhidmatan yang selamat, dan menunjukkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam bidang ini.

Mesyuarat kelima ini menjadi istimewa sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Republik Rakyat China pada tahun 2024. Ia adalah lambang penghargaan kepada kerjasama erat antara kedua-dua negara.

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2023-12-20 11:50:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page