18 Disember 2023- Sesi Kunjungan Hormat Delegasi Republik Rakyat China (RRC) ke atas YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, telah berlangsung di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Putrajaya. Kunjungan tersebut melibatkan delegasi RRC yang dipimpin oleh Prof. Huang Luqi, Vice Commissioner, National Administration of Traditional Chinese Medicine (NATCM).
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) antara kedua negara, yang telah terjalin melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) Kerjasama dalam Bidang Perubatan Tradisional pada tahun 2011 dan diperbaharui pada tahun 2022.
Perbincangan antara YB Dato Lukanisman Awang Sauni dan Prof. Huang Luqi merangkumi kemajuan serta potensi PT&K dalam sistem penjagaan kesihatan di Malaysia dan Republik Rakyat China.
Turut hadir, Dato’ Seri Ir. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KKM, Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), En. Mohd Farid Mohd Arif, Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, dan Dr. Goh Cheng Soon, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari.
Kemaskini pada 2023-12-20 11:56:24 daripada UKK Norhanita