MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU BAGI PELAKSANAAN T&CM BLUEPRINT (ECONOMIC & SOCIOCULTURAL) BIL. 1/2023

18 Disember 2023- Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bagi Pelaksanaan T&CM Blueprint (Economic & Sociocultural) Bil. 1/2023 telah berlangsung di Bilik Gerakan Aras 4, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan dan dihadiri oleh pengurusan tertinggi KKM serta wakil daripada 14 Kementerian/ Agensi Kerajaan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang julung kali diadakan ini adalah susulan daripda kelulusan Jemaah Menteri bagi pelaksanaan T&CM Blueprint (Economic & Sociocultural) pada 9 Februari 2022. T&CM Blueprint (Economic & Sociocultural) telah menggariskan matlamat keseluruhan, hala tuju strategik, 'value proposition' bagi tempoh 10 tahun untuk menyokong pembangunan T&CM di Malaysia serta meningkatkan keselamatan dan kualiti perkhidmatan T&CM dalam penjagaan kesihatan rakyat Malaysia.

Pelaksanaan T&CM Blueprint ini merupakan pendekatan ‘whole-of-government’ untuk memperkembangkan industri T&CM sebagai sumber ekonomi baharu di samping mewujudkan impak sosiobudaya yang positif serta memperkukuhkan kesepaduan sosial melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bidang T&CM sebagai warisan budaya yang unik di Malaysia.

Kerjasama antara pelbagai kementerian dan pemain industri T&CM diharap dapat memangkinkan perkembangan industri T&CM serta menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan rakyat dan penjanaan ekonomi negara.

 

image image image

Kemaskini pada 2023-12-20 12:03:17 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page