MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE BILIK GERAKAN BANJIR, PEJABAT KESIHATAN DAERAH PASIR MAS

30 Dis 2023, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke negeri Kelantan.

Ketibaan YB Menteri Kesihatan disambut oleh YBhg Dato' Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan dimulakan dengan sesi taklimat di Bilik Gerakan Banjir, Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas. Taklimat berkenaan situasi banjir di Pasir Mas disampaikan oleh YBrs. Dr. Izamin bin Idris, Timbalan Pengarah Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Seterusnya YB Menteri telah dibawa melawat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di SK Gual Tok Dek dan PPS di SMK Baroh Pial, Pasir Mas. YB Menteri meninjau persiapan KKM dalam memberikan perkhidmatan bantuan kesihatan dan khidmat nasihat dari segi kesihatan mental kepada penghuni PPS disamping beramah mesra bersama penghuni di PPS berkenaan. YB Menteri Kesihatan turut menyampaikan bantuan kepada 4 keluarga mangsa banjir di Klinik Desa Baroh Pial.

Turut hadir YB Dr. Hafidzah binti Haji Mustakim, ADUN Kota Lama, YBhg Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan, YBrs. Ustaz Haji Muhammad bin Haji Husain, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), YBrs. Encik Mohd Faizul bin Mustafa, Pengurus Besar KADA, YBrs. Dr. Najihah Mahfuzah binti Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Pasir Mas dan Puan Azizan binti Aziz, Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-01-02 14:53:16 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page