MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DI SMK CHABANG EMPAT TOK MEH NGAH, TUMPAT, KELANTAN.

30 Dis 2023- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Chabang Empat Tok Meh Ngah, Tumpat, Kelantan di sebelah petang.

YB Menteri Kesihatan diringi oleh YBhg Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM dan YBhg Dato’ Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

Ketibaan YB Menteri Kesihatan disambut oleh Dr. Mohamad Hafiz bin Harun, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat dan Puan Fathiah binti Ibrahim, Pegawai Pembangunan Masyarakat, Daerah Tumpat serta diberikan taklimat ringkas berhubung situasi semasa di PPS ini.

PPS ini mula beroperasi pada 27 Disember 2023 yang lalu. Tinjauan pada petang ini mendapati status yang masih tinggal di PPS ini adalah 135 keluarga melibatkan 417 mangsa banjir keseluruhannya. YB Menteri Kesihatan telah mengadakan tinjauan dan menyantuni mangsa banjir di PPS ini.

Turut hadir YB Dato Hjh Mumtaz binti Md Nawi, Ahli Parlimen Tumpat, YB Hj Mohd Rusli bin Abdullah, ADUN Wakaf Bharu, Tumpat, Tuan Nik Abdul Halim bin Nik Hassan, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), Tumpat dan Tuan ACP Amran bin Dollah, Ketua Polis Daerah Tumpat, Encik Mohd Hafizuddin bin Mohamed Nor, Penggawa Daerah Terbak, Yazmin Bin Mohamed Yusoff, Penggawa Daerah Jal Besar dan Encik Rozeman Din, Pengetua SMK Cabang Empat.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-01-02 15:00:25 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page