MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DI SK JELI 1, KELANTAN.

31 Dis 2023- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Jeli 1, Kelantan.

Ketibaan YB Menteri Kesihatan disambut oleh Dr. Nurul Hidayatullaila Sahar, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Jeli dan Encik Amirul Afham bin Juma'at, Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Jeli dan diberikan taklimat ringkas berhubung situasi semasa di PPS berkenaan.

YB Menteri Kesihatan turut melawat keluarga mangsa di PPS dan memberikan bantuan kepada mereka. Di samping itu, beliau telah menyantuni para petugas PPS yang meliputi KKM dan JKM.

PPS ini beroperasi kali pertama pada 24 Disember 2023 dan ditutup operasinya pada 26 Disember 2023 melibatkan 48 keluarga (173 mangsa banjir).PPS ini beroperasi semula pada 29 Disember 2023 yang lalu dan seramai 71 keluarga terjejas akibat banjir telah ditempatkan di sini yang melibatkan 305 mangsa banjir secara keseluruhannya.

Turut hadir YB Zahari bin Kechik, Ahli Parlimen Jeli, YBhg Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan, YBhg Datuk Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan dan Tuan Supt. Saari bin Yaacob, Ketua Polis Daerah Jeli.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-01-02 15:06:57 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page