MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN KOK LANAS, KOTA BHARU, KELANTAN.

31 Dis 2023- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah meninjau persiapan pengoperasian Klinik Kesihatan Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.

YB Menteri Kesihatan diiringi YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Ruslin, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan YBhg. Dato' Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan disambut oleh Dr. Sharina binti Dir, Pegawai Kesihatan Daerah Kota Bharu dan Dr Roslina binti Mat Yeh, Pegawai Perubatan yang Menjaga (PPYM) Klinik Kok Lanas.

Klinik Kesihatan Kok Lanas yang terletak pada jarak 27 km ke Bandar Kota Bharu dan 18 km ke Daerah Machang adalah klinik di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu.Bangunan Klinik Kok Lanas ini diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Kementerian Kesihatan pada 30 November 2023 lalu dan akan mula beroperasi ​​pada 1 Januari 2024. Jangkaan bilangan kehadiran pesakit adalah sekitar 300-500 orang sehari, manakala kawasan operasi Klinik Kesihatan Kok Lanas (mukim Ketereh) ini meliputi jumlah penduduk sekitar 37, 000 orang.

Pada ketika ini Klinik Kesihatan Jenis 3 (KK3) Kok Lanas menyediakan kemudahan fasiliti kesihatan seperti berikut:

i. Unit Pesakit Luar

​​ii. Unit Kesihatan Ibu & Anak

Iii. Unit Makmal

iv. Unit Farmasi

v. Unit Radiologi

vi. Unit Rehabilitasi (Terapi Cara Kerja & Fisioterapi)

​​vii. Unit Dietetik & Pemakanan dan

viii. Unit Pergigian

​​KK3 Kok Lanas juga memberikan perkhidmatan selepas waktu pejabat (oncall) terutamanya bagi kes jaundis (bayi) pada hujung minggu dan hari kelepasan am.

YB Menteri Kesihatan turut meninjau fasiliti kesihatan di Unit Radiologi dan Klinik Pergigian dan diberikan taklimat ringkas berhubung pengoperasian kemudahan fasiliti berkenaan. Seterusnya YB Menteri beramah mesra dan menyantuni kakitangan Klinik Kesihatan Kok Lanas.

Turut hadir sama YB Dr. Hafidzah binti Mustakim, ADUN Kota Lama dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-01-02 15:12:33 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page