4 Januari 2024- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyaksikan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Farmaseutikal Malaysia (PhAMA) di Ibu Pejabat KKM.
MoU ini adalah bagi mengukuhkan inisiatif kerjasama antara CRM dan PhAMA mengendalikan Pusat Kecemerlangan (CoE) CRM, khusus untuk latihan dan pembangunan Penyelaras Kajian.
Dalam majlis yang sama, turut berlangsung pengiktirafan penganugerahan percubaan klinikal First-in-Human (FIH) oleh Roche Pharmaceuticals di Hospital Umum Sarawak. Kajian FIH ini akan menjadi kajian FIH pertama oleh Roche di Malaysia dan juga kajian FIH pertama di Malaysia dalam bidang reumatologi.
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM dan YBhg. Datuk Dr Nor Fariza, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), YBrs. Dr. Akhmal Yusuf, Ketua Pegawai Eksekutif CRM dan YBrs. Puan Kam Ai Teng, Presiden PhAMA.
Kemaskini pada 2024-01-05 11:11:02 daripada UKK Norhanita