MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE SESI WALKABOUT KLINIK KESIHATAN (JENIS 2) BANDARAYA MIRI, SARAWAK

5 Januari 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Sesi Walkabout Klinik Kesihatan (Jenis 2) Bandaraya Miri, Sarawak.

Sesi ini diadakan bertujuan meninjau pengoperasian klinik kesihatan yang mula beroperasi pada 2 Januari 2024 lalu. Klinik Kesihatan (Jenis 2) Bandaraya Miri ini berkapasiti untuk menampung bilangan kehadiran sehari antara 500-800 orang.

Terdapat tujuh (7) jenis perkhidmatan yang ditawarkan di klinik ini antaranya ialah Unit Pesakit Luar, Unit Radiologi, Klinik Pergigian dan Unit Farmasi.

YB Dato Lukanisman juga berkesempatan untuk beramah mesra bersama pesakit-pesakit di klinik tersebut. Seterusnya, beliau melawat persekitaran luar klinik bagi memastikan kawasan klinik ada selamat dan dijaga dengan baik dalam memberikan servis dan rawatan kepada masyarakat setempat.

Turut hadir ialah YB Chew Choon Man, Ahli parlimen Miri, YBrs. Dr. Ooi Choo Huck, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan), YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian), YBrs. Dr. Jack Wong Siew Yu, Pengarah Hospital Miri dan YBrs. Dr. P. Raviwharmman A/L Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-01-08 16:26:48 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page