10 Januari 2024- YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyertai Sesi Riadah Tasik Putrajaya bersama warga Putrajaya pada sebelah petang di Putrajaya anjuran KKM.
Sesi riadah tersebut bertujuan membudayakan gaya hidup sihat, “Malaysia Sihat” selain mempromosikan 10,000 ribu langkah sehari melalui aktiviti seperti Senaman dan sesi Briskwalk sekitar Tasik Putrajaya. Terdapat 5 checkpoint bagi warga Putrajaya untuk bersama-sama menyertai sesi briskwalk bersama warga KKM.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN.Ayuh melangkah ke arah hidup sihat dan sejahtera bersama keluarga dan rakan. Budayakan gaya hidup sihat, sihat sepanjang hayat.
Kemaskini pada 2024-01-12 10:06:54 daripada UKK Norhanita