MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN BERSAMA PEMBANGUNAN KESIHATAN NEGERI SARAWAK.

12 Januari 2024- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama YAB Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui-Hian, Timbalan Premier Sarawak mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Negeri Sarawak.

Pelbagai perkara telah dibincangkan iberkaitan mekanisme untuk meningkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan pengurusan perkhidmatan kesihatan di Sarawak. Antara perkara yang dibincangkan adalah langkah untuk memperkukuhkan lagi prosedur dan kelulusan berhubung penubuhan, permohonan dan pembaharuan lesen serta pemeriksaan kemudahan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.

Selain itu, berkenaan aspek undang-undang dan peraturan yang melibatkan pengurusan kualiti dan keselamatan makanan, kuasa dan pelaksanaan oleh Jabatan Kesihatan Sarawak berkaitan peruntukan bajet, perjawatan, sumber manusia, latihan kepakaran dan kemudahan elaun; perancangan keperluan pembangunan dan naik taraf fasiliti kesihatan serta pewujudan cawangan atau jawatankuasa bagi Majlis Perubatan.

Turut hadir YB Datuk Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan KKM, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati bin Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) KKM.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Sarawak turut hadir, YB Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 Dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan & Kerajaan Tempatan Sarawak (Kesihatan Awam & Perumahan), dan YBhg. Datuk Seri JC Fong, Peguam Besar Negeri, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-01-19 09:41:29 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page