12 Januari 2024- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Tapak Hospital Petra Jaya, Kuching. Tapak hospital ini merupakan lokasi pertama dalam lawatan kerja rasmi beliau selama dua hari di Sarawak.
Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau kemajuan projek proses pembinaan Hospital Petra Jaya. Hospital Petra Jaya ini dibina di atas tanah seluas 41 hektar dengan sebanyak 300 katil dan dijangka akan mula beroperasi pada 2025.
Hospital Petra Jaya ini setelah siap dijangka dapat membantu menangani isu kesesakan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan membantu penduduk setempat untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Setakat ini kemajuan Hospital Petra Jaya sedang berjalan dengan baik di bawah kontraktor penyelamat, dan mendahului jadual asal.
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) KKM dan Dato' Dr. Mohd Azman Yacob Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan.
Kemaskini pada 2024-01-19 10:18:58 daripada UKK Norhanita