MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN PETRA JAYA, KUCHING

12 Januari 2024- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching. KK Petra Jaya ini merupakan lokasi kedua dalam lawatan kerja rasmi beliau selama dua hari di Sarawak.

KK Petra Jaya merupakan sebuah Klinik Kesihatan Jenis 2 yang telah dibina sejak tahun 2011 dan mula beroperasi pada 31 Mac 2014. KK ini menawarkan perkhidmatan kesihatan merangkumi 147 kampung dan taman perumahan di sekitar Petra Jaya. Dianggarkan populasi penduduk di sini adalah sebanyak 150,813.

Antara perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di Klinik Kesihatan Petra Jaya adalah seperti berikut:

1. Perkhidmatan Pesakit Luar;

2. Perkhidmatan Rawatan Kecemasan;

3. Perkhidmatan Saringan Demam/ILI;

4. Perkhidmatan Animal Bite Clinic (ABC);

5. Perkhidmatan Rawatan Penyakit Kronik (DM, HPT,

Mental, Asthma etc);

6. Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak;

7. Pemeriksaan Kesihatan (MCU);

8. Perkhidmatan Pakar Perubatan Keluarga;

9. Perkhidmatan Farmasi;

10. Perkhidmatan Makmal Perubatan; dan lain-lain lagi.

Purata kedatangan harian pesakit ke KK Petra Jaya juga adalah dianggarkan seramai 800-1000 pesakit.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) KKM dan YBhg. Datuk Dr. Norhayati bin Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) KKM.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-01-19 10:25:17 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page