MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN JALAN MASJID, KUCHING

13 Januari 2024- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Kuching. KK Jalan Masjid ini merupakan lokasi terakhir dalam lawatan kerja rasmi beliau selama dua hari di Sarawak.

KK Jalan Masjid merupakan sebuah Klinik Kesihatan Jenis 3 yang ditubuhkan pada tahun 1954 dan telah mula beroperasi sejak tahun 1956. Purata kedatangan pesakit secara harian adalah seramai 400-600 orang.

KK Jalan Masjid juga merupakan salah sebuah klinik yang tersenarai dalam Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif KKM pada tahun 2024. Sebanyak RM980,000 telah diluluskan bagi melaksanakan kerja pembaikan dan naik taraf secara komprehensif di bangunan dan kemudahan klinik ini.

Pada tahun ini, sebanyak 39 buah klinik di negeri Sarawak terlibat dalam Inisiatif Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif KKM melibatkan peruntukan berjumlah RM19 juta yang merupakan peningkatan yang besar berbanding peruntukan sebanyak RM8.7 juta pada tahun 2023.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) KKM.

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-01-19 11:09:08 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page