MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL KAPIT.

15 Januari 2024- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan siri lawatan Jelajah Borneo yang kedua ke Negeri Sarawak mulai dari 15 Januari 2023 sehingga 19 Januari 2024. Lawatan Kerja Hari pertama dengan lokasi pertama bermula di Hospital Kapit.

Satu taklimat telah diberikan oleh Dr. Francis Lee, Pengarah Hospital Kapit. Hospital Kapit dibina pada Tahun 1950 dah mula beroperasi pada Tahun 1960 dengan sebanyak 100 katil. Pada 1994, blok baru telah dibina dan mula beroperasi pada Tahun 1995 dengan jumlah katil di hospital kapit sebanyak 134 sehingga kini.

Hospital Kapit yang merupakan hospital pakar mempunyai jumlah keseluruhan sebanyak 391 kakitangan dengan purata kedatangan bilangan pesakit sebanyak 100 hingga 200 orang sehari.

Dato Lukanisman telah melawat sekitar Hospital Kapit ke jabatan pesakit luar, jabatan Kecemasan, klinik Ibu dan anak, Unit Hemodialisis, farmasi dan lain-lain. Dato Luknanisman berkesempatan menyantuni warga kerja Hospital Kapit dan juga beramah mesra dengan pesakit-pesakit di setiap jabatan Hospital Kapit yang dilawati beliau.

Turut hadir bersama ialah YB Datuk Jefferson Jamit Anak Unyat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputra) merangkap ADUN Bukit Goram dan YB Nicholas Kudi Anak Jantai, ADUN Baleh, Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-01-22 11:26:25 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page