MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN KAPIT.

15 Januari 2024- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan Siri Lawatan Jelajah Borneo yang kedua pada hari pertama ini ke lokasi seterusnya, Klinik Kesihatan Kapit.

Lawatan dimulakan dengan taklimat yang diberikan oleh Dr. Mohamed Firdaus bin Abu Bakar, Pakar Perubatan Keluarga sebelum melawat ke kawasan-kawasan di sekitar klinik tersebut.

Klinik kesihatan jenis tiga (3) ini telah dibina pada tahun 2000 dan dirasmikan pada 22 September 2001. Klinik ini juga merupakan klinik induk bagi 11 buah KK lain di daerah Kapit dan Bukit Mabong. Klinik ini telah menerima purata kehadiran sekitar 400-420 orang pesakit setiap hari pada tahun 2023.

KK Kapit juga telah melakasanakan 'Family Doctor Concept' sejak 14 Januari 2018 selain menawarkan perkhidmatan kesihatan seperti Kesihatan Primer, Kesihatan Ibu dan Anak, Pergigian, Pemulihan Fisioterapi dan beberapa perkhidmatan lain kepada masyarakat setempat.

Turut hadir bersama ialah YB Datuk Jefferson Jamit Anak Unyat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputra) merangkap ADUN Bukit Goram dan YB Nicholas Kudi Anak Jantai, ADUN Baleh, YBrs. Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-01-22 11:24:01 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page