MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN NANGA NGUNGUN

15 Januari 2024- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan siri lawatan hari pertama ke lokasi kelima, iaitu Klinik Kesihatan Nanga Ngungun.

Satu taklimat telah disampaikan oleh Dr. Teh Jo Hun, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu. Klinik Kesihatan (KK) Nanga Ngungun telah mula beroperasi pada Februari 2003. Perkhidmatan Kesihatan yang disediakan di KK tersebut adalah rawatan pesakit luar dan ibu dan kanak-kanak.

KK Nanga Ngungun mempunyai kakitangan sebanyak 5 orang, iaitu 1 penolong pegawai Perubatan, 1 jururawat terlatih, 1 jururawat masyarakat, dan 2 pembantu perawatan kesihatan. Pada Tahun 2023, Klinik Kesihatan Nanga Ngungun telah mencatat sebanyak 6267 pesakit yang datang mendapat perkhidmatan kesihatan.

Klinik Kesihatan Nanga Ngungun yang sebelum ini dikategorikan sebagai salah satu klinik daif telah dinaik taraf ke bangunan klinik kesihatan yang baharu pada Tahun 2023 bagi memastikan klinik ini dapat memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat sekitar.

Dato Lukanisman amat menitikberat penyampaian kesihatan kepada rakyat tempatan di samping penjagaan kebajikan warga kerja Kesihatan sendiri dengan pesekitaran kerja yang selamat.

Turut hadir, YB Anyi Jana, ADUN Ngemah, YBrs. Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-01-22 12:30:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page