MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN NANGA MACHAN, KANOWIT.

15 Januari 2024- Siri Lawatan Jelajah Borneo Kedua pada hari pertama ini telah berakhir di Klinik Kesihatan Nanga Machan, Kanowit.

YB Dato Lukanisman dan delegasi lawatan telah diberi taklimat ringkas oleh YBrs. Dr. Atifah Jamil, Pegawai Perubatan di klinik tersebut. Klinik Kesihatan Nanga Machan ini bermula dengan Dispenseri Kecil di Pekan Machan pada tahun 1975 sebelum bangunan klinik ini dibina oleh penduduk setempat.

Klinik ini telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1980 dan kini mempunyai dua (2) bangunan klinik dan lima (5) buah berek bagi kemudahan petugas-petugas kesihatan di klinik tersebut. Klinik ini telah menerima hampir 7,000 orang pesakit pada tahun 2023.

Lawatan kerja YB Timbalan Menteri Kesihatan bertujuan memantau fasiliti-fasiliti kesihatan di negeri Sarawak khususnya di kawasan-kawasan pedalaman bagi memastikan mutu dan kualiti perkhidmatan kesihatan di negeri-negeri Borneo dapat ditambah baik.

Turut hadir YB Encik Allan AK Siden Gramong, ADUN N50 Machan, YBrs. Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

 

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-01-22 12:37:00 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page