MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET MENANGANI DENGGI BIL 1/2024 YANG DIADAKAN DI PUTRAJAYA.

16 Januari 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi Bil 1/2024 yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya, baru-baru ini.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menggembleng usaha dan tindakan bersepadu dalam pencegahan dan kawalan denggi di Malaysia, melibatkan melibatkan 14 kementerian, kesemua Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menangani isu denggi di Malaysia.

Antara perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat termasuk meningkatkan keupayaan sumber melalui kolaborasi dengan agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan termasuk penubuhan Task Force bersama GLC, memperkukuhkan kepimpinan setempat melalui penglibatan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam jawatankuasa kawalan dan pencegahan denggi peringkat negeri dan daerah serta cadangkan perluasan pengoperasian nyamuk Aedes berWolbachia melalui pertambahan 10 lokaliti baru bagi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia dengan dana sejumlah 4 juta setahun.

Orang ramai diseru untuk mengambil cakna mengenai masalah denggi dan sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

Turut hadir, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam).

image image image image
image image image

 


Kemaskini pada 2024-01-22 12:44:15 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page