MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL SIBU.

16 Januari 2024- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan siri lawatan Jelajah Borneo pada hari kedua ke lokasi kedua di Hospital Sibu. Satu taklimat telah disampaikan oleh Dr. Nanthakumar A/L Thirunavukkarasu, Pengarah Hospital Sibu mengenai perkhidmatan dan fasiliti di hospital Sibu.

Hospital Sibu mula beroperasi pada 1 September 1994. Hospital Sibu merupakan Hospital berpakar major dengan mempunyai katil sebanyak 662.

Hospital Sibu merupakan Lead Hospital di bawah hospital Kluster Zon Tengah bagi hospital Kapit, Hospital Kanowit dan Hospital Daro. Hospital berpakar major ini menyediakan 11 Sub Kepakaran dan juga menyediakan doktor pakar pelawat ke hospital lain.

YB Dato Lukanisman telah melawat sekitar hospital Sibu ke wad kanak-kanak, wad Orthopedik lelaki, wad orthopedik perempuan, Unit Hemodoalisis dan Klinik pesakit luar. YB Dato Lukanisman menyatakan bahawa penambaikan kemudahn dan naik taraf fasiliti kesihatan Sarawak amat penting bagi rakyat Sarawak agar boleh mendapat rawatan kesihatan yang lebih baik di fasiliti Sarawak.

Turut hadir ialah YB Micheal Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Pelawan, YBrs. Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian) dan Dr. Teh Jo Hun, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-01-22 13:28:48 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page