MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN JALAN OYA.

16 Januari 2024- Siri Lawatan Jelajah Borneo Kedua diteruskan dengan lokasi ketiga iaitu Klinik Kesihatan Jalan Oya. Sebelum sesi lawatan bermula, YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan dan delegasi lawatan diberi taklimat ringkas mengenai klinik oleh YBrs. Dr. Teh Jo Hun, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu.

Klinik Kesihatan Jalan Oya yang terletak di Pusat Bandar Sibu telah mula beroperasi pada 21 Januari 1991 dengan kapasiti klinik Jenis 3. Antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada masyarakat setempat adalah perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan dietetik, perkhidmatan fisioterapi dan sebagainya. Menerima pesakit seramai 800- 1,200 sehari klinik ini juga menawarkan Kabin Farmasi Pandu Lalu sebagai salah satu inisiatif dalam memastikan kesesakan klinik dapat dikurangkan.

YB Dato Lukanisman juga sempat meluangkan masa beramah mesra bersama pesakit-pesakit selain melawat ke ruang-ruang kerja petugas kesihatan di klinik tersebut.

KKM akan terus komited dalam menambahbaik fasiliti-fasiliti kesihatan agar lebih kondusif demi kemudahan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan negara.

Turut hadir ialah YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) merangkap ADUN N.54 Pelawan, YB Chieng Jin Ek, ADUN N.51 Bukit Assek, YBrs. Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian) dan Dr. Teh Jo Hun, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-01-22 13:38:31 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page