MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN BINTANGOR

16 Januari 2024- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan siri lawatan Jelajah Borneo pada hari kedua ke Klinik Kesihatan Bintangor. Klinik Kesihatan Bintangor merupakan KK Jenis 3 yang berusia 53 tahun, telah dibina dan beroperasi pada tahun 1970. Pada akhir tahun 1980, Klinik tersebut telah dinaik taraf dengan penambahan bangunan wanita dan kanak-kanak.Bangunan 2 tingkat itu menempatkan Klinik Kesihatan di tingkat bawah. Purata kedatangan pesakit ke KK Bintangor adalah seramai 350 orang.

Kedatangan YB Dato Lukanisman telah disambut oleh Dr. Dayang Haniffah, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bintangor. YB Dato Lukanisaman telah melawat klinik ibu dan anak, bilik X-Ray, bilik makmal, Bilik rawatan dan kecemasan dan juga meninjau sekitar kemudahan dan fasiliti di mana struktur asal klinik terdiri daripada konkrit dan kayu.

Turut hadir ialah YB Dato' Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Parlimen Sarikei, YBrs. Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian), Dr. Teh Jo Hun, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu dan Dr. Hamidi, Pegawai kesihatan Bahagian Kapit.

 

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-01-22 15:07:37 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page